HALAMAN SANTAI

Ahad, 7 Mei 2017

Azmin Pulang Sebagai Wira

 Suara Kebenaran



Dikatakan lebih 300,000 rakyat Selangor menyambut kepulangan Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali dari lawatan di luar negeri sebentar tadi.  Sambutan yang luar biasa ini sebagai tanda solidariti rakyat Selangor yang berdiri teguh di belakang Menteri Besar mereka.

Sambutan yang sangat hangat ini seterus mematikan terus cakap-cakap kononnya Azmin akan digulingkan dan seorang Menteri Besar dari BN atau PAS akan mengambil alih jawatan tersebut.

Spekulasi ini timbul, lanjutan dari keputusan Muktamar PAS menamatkan kerjasama politik dengan PKR – termasuk di Selangor.  Keputusan itu bagaimanapun menanti pengesahan dari majlis syura ulama yang akan bermesyuarat dalam masa 2 minggu.



Nampaknya PAS dan BN boleh berputih mata kerana rakyat Selangor memberikan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada Azmin seperti yang boleh dilihat dari sambutan luar biasa menyambut kepulangan beliau dari luar negara sebentar tadi.

Tiada ulasan: