HALAMAN SANTAI

Rabu, 17 Mei 2017

Azmin tidak hadir mesyuarat Biro Politik PKR malam ini

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
SHAH ALAM: Mesyuarat Biro Politik PKR malam ini akan diteruskan tanpa kehadiran Timbalan Presidennya, Datuk Seri Azmin Ali, yang kini berada di Brussels, Belgium atas urusan berkaitan Invest Selangor.
 
Walhal mesyuarat pada malam ini seperti yang diberitahu Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, akan menentukan nasib tiga Exco PAS di Selangor, dibawah kepimpinan Azmin.
 
Saifuddin pada Isnin memberitahu media bahawa Azmin sudahpun memberitahu butiran pertemuannya bersama Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi dan tiga Exco parti itu, Jumaat lalu.
 
Saifuddin sebelum ini meminta semua wakil PAS keluar daripada Selangor jika PAS Pusat memutuskan untuk menamatkan hubungan tahaluf siyasi dengan PKR.

Bagaimanapun pimpinan tertinggi PAS termasuk Sallehen bertegas wakil parti itu akan meneruskan berkhidmat untuk rakyat dan menyelesaikan mandat yang diberikan kepada mereka pada pilihan raya umum yang lalu.

Azmin pada Selasa lalu bertegas mandat kerjasama PKR-PAS di Selangor akan diteruskan sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang demi mengekalkan komposisi pentadbiran negeri itu.  
 
Bagaimanapun The Star melaporkan, Azmin telahpun meminta ketiga-tiga exco itu meletak jawatan dalam satu pertemuan pada Jumaat lalu, namun ia dinafikan Iskandar dan Ahmad Yunus yang menyifatkannya ia cerita rekaan.
 
Setiausaha Politik kepada Azmin, Mat Shuhaimi Shafiei turut mengesahkan khabar itu tidak benar.
 
Jawatankuasa PAS Pusat dijangka akan bermesyuarat minggu ini bagi menentukan kedudukan tiga Exco PAS di Selangor

Tiada ulasan: