HALAMAN SANTAI

Khamis, 18 Mei 2017

Bayangkanlah jika CPC jumpa Mat Sabu, kata Hanipa

MALAYSIA DATELINE
 
 
Hanipa MaidinHanipa MaidinHubungan erat yang ditunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak ke atas Parti Komunis China (CPC) disindir Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin yang berpandangan kerajaan Umno-BN bersikap berat sebelah terhadap parti pembangkang.

Hanipa memuat naik laporan yang disiarkan Utusanonline mengingatkan semula kepada tindakan mahkamah yang pernah dikenakan ke atas Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Mat Sabu didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Feb 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.

Mat Sabu didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah PAS Padang Menora, Tasek Gelugor dekat Butterworth pada 21 Ogos 2011 ketika masih di dalam Pas.

Bagaimanapun Mahkamah Sesyen Butterworth memutuskan bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu tidak bersalah atas dakwaan membuat kenyataan fitnah berkaitan serangan komunis di balai polis Bukit Kepong pada 1950.

"Bila Hj Mat Sabu difitnah kononnya sokong Komunis gegak gempita satu Malaysia khususnya akhbar proksi Umno ,Utusan Malaysia serang Mat Sabu hinggakan seribu lebih laporan polis dibuat ke atas Mat Sabu dan macam-macam lagi lah yangg di buat.

"Kini akhbar Utusan sendiri lapor lawatan rasmi CPC jumpa MO1, rileks je macam tak ada apa apa...
"Tidak apalah kita sama-sama tunggu parti suci akan kata apa pula?,"soalnya yang dipercayaai merujuk kepada Pas sebagai parti yang memihak Umno hari ini.

Pada 12 April tahun lalu, Utusan online  pernah menyiarkan berita mengenai kunungan Diplomat Politik China Song Tao yang mengadakan perjumpaan dengan Najib sebagai tanda sokongan CPC kepada Perdana Menteri yang juga selaku Presiden Umno.

Dalam pertemuan itu, Najib menyampaikan penghargaan dan terima kasih atas sokongan daripada Presiden China dan juga parti CPC atas sokongan terhadap kepimpinannya.

Keratan berita yang pernah dilaporkan Utusan pertemuan Najib dengan wakil CPC di salah sebuah hotel di ibunegara pada April 2016 lalu.Keratan berita yang pernah dilaporkan Utusan pertemuan Najib dengan wakil CPC di salah sebuah hotel di ibunegara pada April 2016 lalu.

Tiada ulasan: