HALAMAN SANTAI

Ahad, 21 Mei 2017

'Beli ikan bisik undi Pakatan Harapan'

 ARIF ATAN

Harga bahan makanan yang kian melambung wajar mencelikkan wanita untuk mengundi Pakatan Harapan. Foto Wan Zahari Wan SallehHarga bahan makanan yang kian melambung wajar mencelikkan wanita untuk mengundi Pakatan Harapan. Foto Wan Zahari Wan Salleh

Ketua Angkatan Wanita Amanah (Awan) Kelantan, Normala Nadzar menyeru golongan suri rumah mengambil peluang mengajak kaum Hawa lain melakukan perubahan termasuk ketika membeli bahan makanan dan barangan keperluan dapur.

Normala NadzarNormala NadzarMenurutnya, pengundi wanita tidak harus termakan dengan pemberian atau sumbangan pada musim pilihan raya sehingga sanggup melanjutkan tempoh sepenggal lagi kepada parti pemerintah.

"Beli ikan nanti bisik-bisik kita bawa masuk dalam pemikiran orang perempuan supaya boleh undi Pakatan Harapan. Kita harus jadi ejen perubahan dalam pilihan raya akan datang.

"Walaupn kita suri rumah tetapi kita memegang kuasa besar. Saya harap janganlah kita termasuk dalam orang yang boleh dibeli undi.

"Walaupun kita untung tetapi untuk jangka panjangnya, nak bernafas untuk lima tahun akan datang pun takut jatuh terguling," tegasnya dalam Ceramah Wanita Pakatan Harapan di Taman Uda Murni, Kota Bharu baru-baru ini.

Beliau berkata, pengundi wanita harus bertindak ekoran rantaian masalah ekonomi di negara ini yang terbukti gagal ditangani oleh kerajaan.

"Thailand pun tidak mahu lagi guna duit ringgit kita. Betapa hinanya negara kita sekarang ini dibandingkan negara lain.

"Anak muda hari ini pula ramai menganggur. Terdapat 500,000 anak muda yang menganggur dengan 40 peratus daripadanya ada kelulusan universiti," jelasnya.

Normala berkata, kadar gaji rendah juga memaksa anak muda termasuk graduan mengambil sebarang bentuk kerja biarpun tidak setimpal dengan kelayakan diperoleh.

"Walau basuh pinggan pun ambil sebab tiada kerja. Orang muda kita juga sudah buat dua kerja dalam satu hari.

"Apakah jenis kehidupan yang ada pada anak-anak kita sekarang ini? Masa zaman kita dulu boleh pilih biasiswa dan kerja apa yang kita mahu," ujarnya.

Akibatnya, kata beliau, ramai anak muda tidak mampu memiliki kediaman sendiri dan mendirikan rumah tangga memandangkan untuk menanggung diri sendiri pun tidak mampu.

"Kalau gaji RM1,000 tinggal di bandar sudah dipanggil miskin bandar. Kos sara hidup yang tinggi, barang mahal.

"Harga rumah di luar jangkauan kita. Kos pengangkutan membebankan. Sepanjang jalan nak balik pejabat dan rumah habis separuh gaji membayar kos pengangkutan," tambah Normala lagi.

Tiada ulasan: