HALAMAN SANTAI

Khamis, 25 Mei 2017

'Bersyukurlah nasib baik naik 4 sen...'

RON95, RON97 dan diesel naik 4 sen


BAHARU sahaja ingin menarik nafas lega berikutan harga minyak turun beberapa minggu lalu, kini rakyat terpaksa berdepan dengan kenaikan harga minyak lagi.

Semalam, harga minyak diumumkan naik sebanyak 4 sen oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Walaupun turun naik harga minyak sudah menjadi fenomena biasa setiap minggu, keluhan netizen tetap berkitar di ruang maya.

Seorang pengguna Facebook, Azhar Iswaan berkata sinis kepada rakyat Malaysia yang merungut tentang kenaikan harga minyak semalam.

“Jika minyak naik, salah kerajaan, minyak turun pula kata memang harga minyak dunia tengah turun sekarang.

[ARTIKEL BERKAITAN: RON95, RON97 dan diesel naik 4 sen]

“Bagi pengusaha stesen pula, bila minyak turun kata rugi tapi bila minyak naik senyap pula,” tulisnya.

Sementara itu, pengguna Facebook, Iz Wan pula berkata, "bersyukurlah, nasib baik empat sen, harap penguasaha stesen minyak tidak merungut hendak tutup operasi,”tulisnya sinis.

Nasri Nasrul pula berkata, "harga minyak masih terendah di kalangan negara jiran."

Bagi pengguna Nurqisha Humaira pula, dia mengingatkan netizen agar pastikan dahulu harga minyak di skrin untuk mengelakkan pisang berbuah dia kali.

“Tak perlu komen lebih-lebih, sebelum isi minyak kena lihat dulu harganya takut nanti tersalah ‘set up’ harga seliter,” tulisnya pula.

Tiada ulasan: