HALAMAN SANTAI

Jumaat, 19 Mei 2017

Buli: Sepuluh pelajar MRSM digantung sekolah

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Sepuluh orang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Parit, Perak, digantung sekolah kerana membuli enam pelajar lain, awal bulan ini.
 
Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA, Mohamed Roseli Dol, berkata pada 7 Mei lalu, Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) bersidang dan memutuskan semua pelajar terbabit digantung sekolah seminggu bermula tarikh itu hingga 15 Mei lalu.
 
Katanya, MARA mengambil perhatian serius berhubung kebajikan dan keselamatan pelajar di semua Institusi Pendidikan MARA (IPMa) di bawah kendalian agensi itu. 
 
Beliau berkata, sejurus kejadian dilaporkan, pihak pengurusan MRSM Parit, warden asrama dan guru bertugas bergegas ke tempat kejadian untuk memantau dan menjalankan siasatan. 
 
"Mengambil kira kes ini berada dalam siasatan polis, sebarang tindakan lanjut akan diambil selepas mendapat laporan lengkap hasil siasatan berkenaan, " katanya dalam kenyataan hari ini.
 
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Mohamad Zainal Abdullah sebelum ini berkata, pihaknya menerima tujuh laporan polis berhubung kes buli enam orang pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah berasrama tersebut. 
 
Enam pelajar junior itu dibuli gara-gara enggan meminjamkan kasut bola kepada pelajar senior.  


Tiada ulasan: