HALAMAN SANTAI

Selasa, 9 Mei 2017

CEO, pegawai ZPP direman kes pecah amanah

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
GEORGETOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan Ketua Pegawai Eksekutif dan tiga pegawai Zakat Pulau Pinang (ZPP) serta tujuh kontraktor direman bagi membantu siasatan berhubung kes pecah amanah.
 
Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Abd Aziz Aban berkata semua suspek ditahan bagi membantu siasatan penyelewengan dan rasuah wang zakat dalam projek pembangunan masyarakat ZPP.
 
"Siasatan awal mendapati semua suspek dipercayai berkongsi keuntungan terhadap projek pembangunan masyarakat yang dijalankan ZPP. Kita nampak banyak kemasukan wang dalam akaun pegawai ZPP.
 
"Kita turut merampas telefon bimbit dan tiga jam tangan berjenama," katanya dipetik Berita Harian Online.
 
Abd Aziz juga berkata, lebih ramai pegawai dan kontraktor akan ditahan selepas ini bagi membantu siasatan.     
 
"Lebih ramai pegawai dan kontraktor dipercayai terbabit dalam kegiatan ini akan ditahan," katanya.
 
 

Tiada ulasan: