HALAMAN SANTAI

Isnin, 8 Mei 2017

Cikgu Pa,jasa beliau sekali-kali tidak dilupai

 
Oleh Roslan SMS

Muktamar PAS ke 63 telah pun berlalu. Kabinet Dato Seri Tuan Guru Presiden pun dah diumumkan.

 Kini masa untuk memikul amanah dan menjalankan tugas. Apa yang menarik dalam "Team Tuan Guru" kali ini adalah ketiadaan Dato Mustafa Ali mantan Ketua Pengarah Pilihanraya Pusat.

Tempat beliau digantikan SETPOL Presiden, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Cikgu Pa adalah satu-satunya tokoh veteran yang masih berada atas pentas bersama pimpinan Pusat ketika di Alor Setar.

Semasa itu saya pernah berbual dengan rakan-rakan perwalilan mengenai Cikgu Pa. Saya beritahu cuma seorang sahaja yang di atas pentas ketika itu kekal sejak zaman Allahyarham Dato Asri Muda.

Beliau tidak lain adalah Cikgu Pa.

Ya Cikgu Pa duduk dalam saf pimpinan Pusat sejak tahun 70an bermula sebagai Ketua Pemuda Pusat hinggalah hari ini memegang pelbagai jawatan dari zaman Asri , Yusof Rawa, Fadzil Nor dan terakhir Tuan Giru.

Bermakna lebih 40 tahun beliau berada kalangan pimpinan Pusat menjadilan sumbangannya begitu besar dalam mencorakkan perjuangan PAS lebih 4 dekad.

Terima kasih Cikgu Pa.

Saya yakin Dr Samsuri punya kelebihan dan keistimewaan yang mengakibatkan kehilangan Cikgu Pa nanti khasnya di Jabatan Pilihanraya Pusat tidaklah sangat dirasai namun tentunya jasa beliau sekali-kali tidak dilupai.

Tiada ulasan: