HALAMAN SANTAI

Selasa, 9 Mei 2017

Cuaca buruk di empat negeri

ANTARAPOS.COM
Post Pic
 
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) mengeluarkan amaran cuaca buruk di empat negeri yang dijangka berterusan sehingga awal pagi ini.   
 
Amaran itu membabitkan beberapa kawasan di sekitar negeri Kedah, Pulau Pinang, Pahang dan Johor.   
 
Mengikut kenyataan di Facebook jabatan itu yang dimuat naik pagi tadi, ribut petir, hujan lebat berserta angin kencang di Kedah diramalkan melanda kawasan Pokok Sena, Kota setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.   
 
Cuaca sama turut melanda Johor yang membabitkan kawasan seperti Johor Bahru, Kulai dan Pontian. 
 
Bagi Pahang pula, ia membabitkan kawasan Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Jerantut
 
 

Tiada ulasan: