HALAMAN SANTAI

Selasa, 16 Mei 2017

Dadah untuk dibawa ke M'sia milik pelarian raja dadah Thai Selatan - Pegawai Thai

ASTRO AWANI

Dadah untuk dibawa ke M'sia milik pelarian raja dadah Thai Selatan - Pegawai Thai
Pihak berkuasa Thailand merampas 1.2 juta pil Methamphetamine dan 1.1 tan ganja dari sebuah lori di daerah Banmor, Saraburi pada 13 Mei ketika dalam perjalanan ke Hatyai sebelum dipercayai akan diseludup masuk ke Malaysia. --fotoBERNAMA

BANGKOK: Pihak berkuasa Thai mengaitkan tuduhan terhadap raja dadah dalam pelarian berhubung rampasan 1.1 tan metrik ganja dan 1.2 juta pil "Yaba" (gila) dua hari lepas ketika bahan itu sedang diangkut ke Hatyai di selatan Thailand, untuk diseludup ke Malaysia kemudiannya.

Ketua Biro Pembanterasan Narkotik (NSB) Lt Jen Sommai Kongvisaisuk berkata, konsainan ganja dan pil "Yaba", sejenis dadah Methaphetamine, adalah milik raja dadah yang sedang diburu itu, dengan tawaran hadiah 2 juta Baht (RM250,000) bagi penangkapannya.

Sommai bercakap pada sidang media mengenai rampasan dadah itu di ibu pejabat NSB di sini pada Isnin.

Sekalipun raja dadah itu sudah melarikan diri selama lebih 10 tahun, Sommai tidak berputus untuk menangkapnya termasuk memohon kerjasama negara jiran.

Baru-baru ini seorang pegawai penguatkuasa kanan memberitahu Bernama bahawa berasaskan risikan, raja dadah itu mungkin telah menjalani surgeri plastik untuk mengubah wajahnya, bagi mengelirukan pihak berkuasa.

Sidang media hari ini diadakan sehari selepas Bernama melaporkan penangkapan empat anggota sindiket dadah antarabangsa kerana mengangkut konsainan besar ganja dan pil "Yaba" ke Hatyai, untuk diseludup ke Malaysia.

Empat lelaki, berusia antara 32 hingga 54 tahun ditangkap di daerah Banmor di wilayah Saraburi.

Sindiket itu yang ada kaitan dengan raja dadah itu, menurut sumber tahap atasan, bercadang menggunakan Malaysia sebagai poin transit sebelum menghantar dadah itu ke negara-negara ketiga yang tidak dinyatakan, kemungkinan sebuah negara Eropah di mana harga dadah meningkat hingga tiga ke empat kali ganda.

Percubaan menggunakan Malaysia ini, disahkan oleh seorang komander dengan NSB Maj Jen Tanai Apichartseni, yang berkata ganja yang dirampas berkualiti tinggi sesuai untuk pasaran seberang laut.

Sementara itu, seorang lagi pegawai berkata pihak berkuasa Thai berjaya memintas antara 20 hingga 23 tan metrik ganja setiap tahun sebelum sindiket sempat menghantarnya ke seberang laut. -- BERNAMA  

Tiada ulasan: