HALAMAN SANTAI

Sabtu, 13 Mei 2017

DAP gesa Pas letak jawatan di Selangor

GEORGETOWN - DAP gesa Pas untuk meletak jawatan ketiga-tiga wakilnya dalam Exco Kerajaan Selangor selepas parti itu memutuskan hubungan politik tahaluf siyaasi dengan PKR telah terbatal.

Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, Pas tidak boleh meletakkan wakilnya dalam barisan Exco Kerajaan Selangor selepas 'bercerai' dengan PKR kerana tindakan itu tidak betul.

"Tindakan Pas ini tidak betul. Sudah cerai, cerai lah. Buat apa mahu duduk sama lagi? Saya sokong tindakan Azmin, mereka perlu letak jawatan," katanya kepada media, hari ini.

Terdahulu, Guan Eng yang juga Ketua Menteri merasmikan Program Pengasingan Sisa di Punca di Kasun Air Putih di sini.
Guan Eng (tiga dari kanan) merasmikan Majlis Pelancaran Program Pengasingan di Punca Kadun Air Putih
Dalam pada itu, Guan Eng turut menempelak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan menyifatkan perjuangan pemimpin itu sebagai sesat dan Pas adalah parti yang keliru.

"Semua orang keliru dengan kedudukan Pas malah pemimpinnya sendiri pun keliru. Dan yang paling teruk, pemimpin yang keliru tidak sedar dia sedang keliru.

"Mereka tidak boleh beza mana satu kawan mana satu lawan. Ini lah sebuah parti sesat yang keliru," katanya.

Ditanya sekali lagi berkenaan kedudukan wakil rakyat tunggal Pas dalam Kerajaan Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man, Guan Eng berkata, Adun Permatang Pasir itu masih kukuh menyokong pimpinannya sebagai Ketua Menteri.

"Dia (Mohd Salleh) pun kena boikot dengan Pas. Dia macam anak yatim yang ditindas dan tiada naungan. Tapi yang pasti, dia masih sokong kuat Kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan saya.

"Saya masih belum jumpa dia, tidak ada masa sesuai. Tapi dia pun keliru dengan kedudukan Pas pada waktu ini," katanya.

Tiada ulasan: