HALAMAN SANTAI

Ahad, 21 Mei 2017

'Dr M sibuk ambil gambar, tak pegang sepanduk Anwar PM ke-7'

 


KONGRES PKR - Nama calon perdana menteri ketujuh dari pihak pembangkang akan dibawa ke meja perbincangan Pakatan Harapan (HARAPAN) pada sesi akan datang, kata Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Tak apalah, kita bincangkan ini di (mesyuarat) Pakatan Harapan sebelum kita buat sebarang keputusan.

"Tapi saya setuju sebaik-baiknya calon perdana menteri diumum sebelum pilihan raya," kata Mukhriz ringkas ketika diminta mengulas pendirian PKR mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal perdana menteri ketujuh.

Terdahulu, perwakilan PKR hari ini sebulat suara memilih Ketua Umum, Anwar sebagai perdana menteri pada pilihan raya umum (PRU) ke 14 akan datang.

Malah, pemilihan itu diterjemahkan melalui sepanduk "Anwar PM ke-7" sebaik sahaja Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menamatkan ucapan dasarnya dan disusuli tanyangan video Anwar.

Turut menyatakan tanda sokongan adalah barisan kepimpinan HARAPAN.

Namun, ketika mana kepimpinan HARAPAN berdiri mempamerkan sepanduk itu, Pengerusi BERSATU Tun Dr Mahathir Mohamad bersama presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengangkat sepanduk tersebut.

 Mengulas mengenai tindakan itu, ini jawapan Mukhriz :

"Saya rasa mereka sibuk mengambil gambar dan disebabkan itu tidak memegang sepanduk," katanya sambil menambah beliau tidak diberikan sepanduk berkenaan.

Mukhriz hari ini hadir ke Kongres Nasional Tahunan PKR ke 12 di Dewan Raja Muda Musa sebagai tanda sokongan kepada sekutunya.

Hadir sama pada kongres tersebut adalah Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.


Tiada ulasan: