HALAMAN SANTAI

Khamis, 4 Mei 2017

Dwi-Wajah Guan Eng Berhadapan Melayu & Bukan Melayu





Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dikesan mempunyai dwi-wajah yang berbeza apabila berhadapan dengan khalayak Melayu dan bukan Melayu.


Ketika berhadapan dengan khalayak Melayu, Guan Eng menonjolkan dirinya seorang yang ‘membenci amalan rasis’, namun apabila Setiausaha Agung DAP berhadapan khalayak bukan Melayu, dia akan menonjolkan wajah sebenarnya, seorang pejuang rasis.

Helen Ang dalam artikel bertajuk “Apa kandungan ucapan bahasa Cina Lim Guan Eng di Han Chiang?” mendedahkan Guan Eng menjadi pejuang tegar rasis ketika berceramah di hadapan masyarakat Cina.

Ketika berceramah dalam bahasa Hokkien, Guang Eng telah mempotretkan dirinya sebagai pejuang masyarakat Cina yang memperjuangkan kaum Cina sebagai kelas pertama di Malaysia.

“Bolehkan kita menjadi warga kelas pertama Malaysia? Selama 50 tahun, 50 tahun lamanya kita menjadi warga kelas kedua, ketiga, keempat aaah. Sudahlah, cukuplah, betul tak?

“Hendaklah kita bagi tahu Abdullah Badawi, bagi tahu Ong Ka Ting, bagi tahu Koh Tsu Koon, supaya mereka akan ketahui … kita mahu jadi (warga) kelas pertama,”kata Guan Eng dalam bahasa Cina ketika berceramah di padang sekolah Han Chiang di Pulau Pinang pada 6 Mac 2008.


LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: