HALAMAN SANTAI

Jumaat, 12 Mei 2017

Guan Eng & Azmin Bersedia Terima Gaji RM 1,500 Untuk Rasa Kepayahan Rakyat

Suara Kebenaran




Menurut sumber yang rapat, dua Ketua Menteri dan Menteri Besar Pakatan Harapan, CM Lim dan Datuk Seri Azmin Ali bersedia untuk menerima gaji sebanyak RM 1,500 sebulan bagi merasai sendiri kepayahan rakyat seperti yang disarankan Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq Abd Rahman semalam.

Syed Saddiq dalam kenyataan itu mendesak Najib dibayar RM 1,500 sebulan tapi untuk menjadi contoh yang baik kepada rakyat, pimpinan Pakatan Harapan wajar terlebih dahulu dibayar sebanyak itu.

Adalah tidak bagus dari segi imej Pakatan Harapan sekiranya Najib terlebih dahulu menyahut cabaran dibayar gaji RM 1,500 sebulan itu kerana rakyat akan memandang tinggi kepadanya.

 Padahal cadangan ini datang dari pimpinan Pakatan Harapan, kenapa pula Najib yang perlu mendapat pujian?

Lebih baik lagi sekiranya gaji yang dibayar lebih rendah dari RM 1,500 yang dicadangkan Syed Saddiq kerana jumlah itu untuk Perdana Menteri yang lebih besar tanggungjawabnya.  Mungkin RM 1,200 atau RM 1,000 sebulan lebih sesuai.

Pakatan Harapan beruntung mempunyai pemimpin muda yang berfikiran keluar dari kotak seperti ini.

Tiada ulasan: