HALAMAN SANTAI

Jumaat, 5 Mei 2017

Hadi beri bayangan kemungkinan berlaku peralihan kuasa di Selangor

Berita Daily Staff

Perkara yang lebih penting adalah kepimpinan PAS di Selangor akur dan menuruti keputusan parti Islam tersebut

KUALA LUMPUR: Presiden PAS Abdul Hadi Awang tidak menolak kemungkinan akan berlaku peralihan kuasa di Selangor susulan keputusan Muktamar PAS untuk memutuskan tahaluf siyasi bersama PKR di negeri itu.

Abdul Hadi berkata, perkara yang lebih penting adalah kepimpinan PAS di Selalngor akur dan menuruti keputusan parti Islam tersebut.

“Biasalah, kemungkinan (boleh) berlaku.

“Apa yang penting adalah semua pemimpin (PAS) Selangor akan patuh pada arahan Pusat (PAS), itu yang penting. Apa-apa pun tindakan, kita akan lihat perkembangan selanjutnya,” katanya, memetik laporan Utusan Malaysia, hari ini.

Beliau turut menyerahkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenaan kemungkinan Selangor akan mengadakan pilihan raya lebih awal.

“Itu terpulang kepada Selangor kerana negeri itu ada perlembagaannya sendiri yang perlu dirujuk,” kata ahli Parlimen Marang itu.

Tiada ulasan: