HALAMAN SANTAI

Rabu, 3 Mei 2017

Hak Zairil Untuk Bercinta Seramai Mana Wanita Pun

 Suara Kebenaran



Masyarakat tidak seharusnya menyalahkan Ahli Parlimen Bukit Bendera, YB Zairil Khir Johari bila beliau sering kali dilihat berhubungan dengan pelbagai wanita berbeza – selain dari isterinya.

Sebagai lelaki yang beragama Islam, Zairil bukan sahaja boleh berpacaran dengan ramai wanita, kahwin pun boleh sampai 4 orang!!  Jadi apa masalahnya?

Lagipun dalam kes ini, yang patut disalahkan ialah wanita-wanita yang terbabit dengan beliau, bukan Zairil.

 Sebagai lelaki, sudah tentu Zairil tidak akan menolak peluang yang terhidang di depan mata.

Sepatutnya wanita-wanita itu semualah yang dipersalahkan kerana masih keluar dengan Zairil sekalipun sudah tahu lelaki itu sudah berkahwin dan mempunyai anak, bukan Zairil.  Bukan Zairil merahsiakan perkahwinannya pun.

Bercakap tentang itu (berkahwin dan mempunyai anak), yang isteri Zairil pun tak berkata apa, kita pulak sibuk nak menghukum itu dan ini, siapa kita?

Tiada ulasan: