HALAMAN SANTAI

Rabu, 17 Mei 2017

Hannah Yeoh Perlu Berterus Terang Gerakan Kristianisasi Di Selangor – Huan

1. Saya merujuk kepada satu posting yang dilakukan oleh Pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr. Kamarul Zaman Yusoff lima hari lalu dimana beliau telah memuat naik tulisan bertajuk “Hannah Yeoh contoh hipokrasi terbesar DAP” di Facebook.

Dalam tulisan beliau, beliau mendakwa, ketika DAP melaung-laungkan prinsip sekularisme, Yeoh dalam biografinya Becoming Hannah (Menjadi Hannah) mengaku penglibatannya dalam politik dibantu oleh pihak Kristian.

2. Memandangkan Hannah Yeoh dalam buku beliau sendiri mengakui bahawa beliau dibantu oleh pihak kristian, ini membuktikan dengan sah bahawa terdapat kerjasama antara pihak gerakan Kristian di Malaysia dengan parti DAP. Lebih mengejutkan lagi, Hannah Yeoh sendiri mengakui bahawa :

“Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia demi untuk membetulkannya, muka surat 110,” Becoming Hannah

Adakah “Tuhan” yang dimaksudkan ini adalah Tuhan yang disembah oleh golongan Kristian iaitu Jesus Christ?

3. Selain itu, Hannah Yeoh wajar berterus – terang dengan rakyat Malaysia adakah lagi terdapat mana-mana pemimpin DAP yang dibantu oleh pihak kristian baik dari segi dana mahupun kempen, serta bagaimana mereka menggunakan kedudukan politik mereka untuk berdakwah mengenai agama Kristian seperti Joseph Lim Guan Eng, Teresa Kok dan lain – lain.

4. Hannah Yeoh juga wajar berterus – terang dengan rakyat Selangor berapakah jumlah dana yang telah beliau terima dari pihak gerakan Kristian dan adakah dana itu diisytiharkan dengan kerajaan Negeri Selangor mahupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Hannah Yeoh wajar bersikap telus dalam hal dana untuk tujuan politik yang melibatkan kerajaan negeri dan Selangor.

5. Akhir sekali, Hannah Yeoh juga wajar berterus – terang tentang jumlah sumbangan yang telah diberi oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor kepada semua gereja Kristian di negeri Selangor dan Malaysia.

 Ini kerana, jika terdapat sumbangan yang diberi oleh kerajaan negeri kepada pihak gereja ini, adakah ianya kerana atas desakan Hannah Yeoh atau pun merupakan keputusan Menteri Besar Azmin Ali?

Terima Kasih

Datuk Huan Cheng Guan
Naib Presiden
Parti Cinta Malaysia

Saya Terima Banyak Aduan Aktiviti Dakwah Kristian – Dr Chandra Muzhaffar By Wartawan Menara - May 17, 2017 SHARE Facebook Twitter Kuala Lumpur: Kumpulan Kristian didakwa sangat ‘agresif’ dan bersifat terancang dalam kerja dakwah mereka kata seorang ahli akademik pada satu forum di Kuala Lumpur. Hal ini diceritakan oleh Dr Chandra Muzaffar pada satu forum anjuran Islamic Renaissance Front (IRF) bertajuk “Violence And Persecution In The Name Of Religion” pada Sabtu lepas di Kuala Lumpur. Katanya, semasa beliau mengetuai pertubuhan bukan kerajaan, ALIRAN suatu ketika dahulu, antara rungutan yang beliau kerap terima daripada penganut Hindu dan Buddha ialah bagaimana kumpulan Kristian sangat agresif dengan kerja dakwah mereka. Sehingga menimbulkan keresahan dan perasaan tidak senang di kalangan masyarakat Hindu dan Buddha. “I remember many-many years ago. When I was heading another NGO called ALIRAN, one of the complaints we received from a lot of Hindus and Buddhists was about Christian’s proselytization. The way which some Christian groups proselytizing amongst Hindus and Buddhists, running them down and you know, sort of… very crafty way of converting people.” Menurut Dr Chandra Muzaffar lagi, masyarakat berbilang agama haruslah belajar menghormati antara satu sama lain. Lain budaya dan agama, setiap masyarakat harus menghormati sensitiviti masing-masing mengikut acuan perlembagaan dan kerangka tertentu. Masyarakat Muslim Malaysia juga tidak terlepas dengan dakwah Kristian walaupun Perlembagaan Persekutuan, undang-undang tertinggi negara dengan jelas melarang sebarang dakwah agama lain ke atas Muslim. Lina Joy atau nama sebenarnya Azlina Jailani yang kini dikhabarkan sudah dilarikan ke Australia, diKristiankan oleh kumpulan Kristian tempatan. Mengikut sijil pembaptisan Lina Joy yang boleh didapati di media-media sosial atas talian, ianya dikeluarkan oleh Church of Our Lady Fatima, Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, kesahihan sijil tersebut tidak dapat dipastikan. Baru-baru ini, seorang kolumnis di portal berita Free Malaysia Today, Fa Abdul menulis posting di Facebook mendakwa anaknya, Arshad Ameen, 12 tahun didekati oleh seorang ‘Chinese Uncle’ yang cuba ‘berdakwah’ agama Kristian kepada anaknya itu. “My son explained that he was a Muslim but wasn’t entertained. The uncle continued talking about why my son should embrace Christianity and save his soul. He even offered to meet my son again in order to guide him.” Hal yang sama pernah dilalui oleh Farouk A Peru, seorang kolumnis liberal di Malay Mail Online yang didekati seorang Pastor pada tahun 90an.

Read more at: https://www.menara.my/saya-terima-banyak-aduan-aktiviti-dakwah-kristian-dr-chandra-muzhaffar/

Tiada ulasan: