HALAMAN SANTAI

Ahad, 14 Mei 2017

Harga Minyak Turun Kerana Sambutan 71 Tahun UMNO

Suara Kebenaran



Rupa-rupanya keputusan kerajaan menurunkan harga mingguan minyak sebanyak 10 sen berkuatkuasa semalam adalah untuk membolehkan ramai ahli UMNO turun ke Bukit Jalil untuk acara sambutan 71 tahun parti itu.

Kalau harga minyak tidak turun, sambutan UMNO tahun ini akan jadi yang paling suram kerana kos pengangkutan akan menjadi terlalu tinggi berikutan harga minyak yang mahal, terutama diesel.

Tidak hairan ramai yang datang, rupanya harga minyak diturunkan semata-mata untuk membolehkan mereka datang bagi sambutan tersebut.  Padanlah harga diesel turun dibawah RM 2 /liter, melihat kepada puluhan ribu bas yang datang semalam, memang menguntungkan pengusaha yang dapat kontrak

Inilah maklumat yang disampai oleh seorang pegawai kerajaan yang ada pengetahuan tentang isu ini,  Pegawai yang enggan dikenali itu mengesahkan kepada Malaysia Chronicle semalam bahawa sambutan 71 tahun UMNO ada kaitan dengan penurunan harga minyak kelmarin.

Kalau begitu, UMNO patut mengadakan sambutan ulang tahun setiap minggu untuk membolehkan harga minyak terus turun dan turun

Tiada ulasan: