HALAMAN SANTAI

Rabu, 3 Mei 2017

Harga petrol, diesel turun tengah malam ini

MALAYSIAKINI


Berkuatkuasa tengah malam ini, harga bahan api di peringkat tempatan menurun secara menyeluruh.
Menurut kenyataan dalam akaun KPDNKK-Laman Rasmi di Facebook, harga runcit petrol bergred RON95 dan RON 97 turun sebanyak 10 sen menjadikan masing-masing pada paras RM2.11 dan RM2.39 seliter.

Manakala harga runcit diesel pula berada pada paras RM2.08 seliter berikutan penurunan sebanyak enam sen.

Harga bahan api kini ditentukan dengan menggunakan sistem harga siling mingguan yang diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Tiada ulasan: