HALAMAN SANTAI

Khamis, 11 Mei 2017

Hubungan dengan PH hanya dalam urusan kerajaan negeri, kata ketua PAS Selangor

THE MALAYSIAN INSIGHT
Hubungan dengan PH hanya dalam urusan kerajaan negeri, kata ketua PAS Selangor
Susulan keputusan Majlis Syura, exco PAS di Selangor akan kekal berkhidmat tanpa terlibat dalam perbincangan politik lain.– Gambar fail The Malaysian Insight, 
Tiga exco PAS dalam kerajaan negeri akan mengekalkan jawatan mereka tetapi tidak akan mempunyai apa-apa hubungan politik dengan PKR, kata Ketua Pesuruhjaya Selangor Sallehen Mukhyi.

Katanya lagi kesemua exco terlibat perlu patuh kepada keputusan Majlis Syura yang  memutuskan hubungan dengan PKR, lapor Malaysiakini.

Ini bermaksud wakil PAS di Selangor tidak akan terlibat dalam perbincangan politik dengan parti-parti Pakatan Harapan dalam isu seperti pilihan raya umum dan pembahagian kerusi, jelasnya.

Sekiranya mereka ada berbincang, kata Sallehen, ia adalah dalam urusan berkaitan kerajaan negeri.

“PAS akan terus kekal dalam pentadbiran negeri kerana tanggungjawabnya dalam kerajaan negeri ialah untuk menjaga rakyat.

“Memandangkan kerajaan negeri dibentuk menerusi mandat rakyat semasa pilihan raya umum lepas, PAS, PKR dan DAP bersetuju untuk kekal dalam kerajaan negeri,” dia dipetik sebagai berkata.

Perkara itu akan berlanjutan sehingga dewan undangan negeri dibubarkan, kecuali sekiranya menteri besar tidak mahukan exco PAS dalam kerajaan negeri, jelasnya lagi.

“Jika dia tidak mahu, dia boleh membawa perkara ini menghadap sultan,” katanya.

Keputusan untuk memutuskan kerjasama politik antara PAS dan PKR disahkan Majlis Syura hari ini.

Tetapi demi kepentingan Islam dan rakyat, majlis itu berkata ia akan membiarkan Jawatankuasa Pusat Parti untuk menentukan tindakan politik yang diperlukan dalam pentadbiran negeri Selangor.

Awal minggu ini, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali, yang juga merupakan timbalan presiden PKR, berkata yang tiga orang exco PAS- Iskandar Abdul Samad, Zaidy Abdul Talib dan Ahmad Yunus Hairi- tidak akan disingkirkan.

Dia berkata yang mandat diberikan rakyat Selangor adalah untuk satu penggal dan jelas sekali pengundi mahukan perubahan berlaku di Selangor.


Tiada ulasan: