HALAMAN SANTAI

Rabu, 17 Mei 2017

Jangan layan tuntutan naikkan harga gula, kata PKR

MALAYSIAKINI


Kerajaan tidak perlu melayan permintaan untuk menaikkan harga gula, kata Ahli Parlimen Alor Setar dari PKR, Gooi Hsiao Leung.

Ia susulan kenyataan MSM Malaysia Holdings Bhd yang dilaporkan sedang mengadakan perundingan untuk menaikkan harga gula sebanyak 40 sen sekilogram.

Permintaan tersebut dibuat walaupun kerajaan meluluskan kenaikan sebanyak 11 sen daripada RM2.84 kepada RM2.95 sekilogram kira-kira dua bulan yang lalu.

"Apa yang rakyat mahukan ialah kerajaan Umno-BN mengabaikan permintaan oleh pihak pengeluar," kata beliau.

Dengan bulan Ramadan dan musim perayaan Aidilfitri yang kian mendatang, penggunaan terhadap komoditi tersebut dijangka meningkat.

Gooi berkata, pihak pengeluar tempatan melobi untuk menaikkan harga walaupun harga global gula mentah mengalami kejatuhan.

"Mengapa harga gula perlu dinaikkan tanpa justifikasi yang betul," katanya sambil menambah, rakyat sudah berdepan kenaikan kos sara hidup ekoran pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Daripada mendengar permintaan pengeluar produk gula, Gooi berkata kerajaan perlu hapus monopoli dua firma dalam industri berkenaan

Tiada ulasan: