HALAMAN SANTAI

Khamis, 4 Mei 2017

Kalau Tidak Ada RM 100 Juta, Jangan Harap ADUN Lompat Parti Atau Bertukar Kerajaan

 Suara Kebenaran




Seorang pemerhati politik berpendapat, untuk menjatuhkan sebuah kerajaan negeri seperti Selangor, pihak yang berminat perlu mempunyai sekurang-kurangnya RM 100 juta bagi menjayakan projek pada skala besar itu.

Tidak ada duit banyak ini, jangan mimpilah.

Ini kerana bukan rahsia semua ADUN Pakatan Harapan di Selangor sudah mempunyai kedudukan kewangan yang stabil setelah 2 penggal PKR memerintah negeri itu.  Selain elaun wakil rakyat yang dinaikkan hampir setiap tahun, setiap ADUN Pakatan Harapan turut diberi jawatan pengerusi dalam anak syarikat kerajaan negeri tertentu.

Nak mendapatkan sokongan semua ADUN ini  bukan calang-calang duit yang perlu dikeluarkan kerana ia perlu mengambil kira kehilangan punca pendapatan di masa depan dan yang kedua itulah paling besar nilainya kalau nak diikutkan.

Sebab itu angka RM 100 juta ini masuk akal atau jangan ada sesiapa yang bermimpi untuk mengambil alih kerajaan negeri Selangor melalui ADUN yang melompat parti dan sebagainya.  Selangor bukan seperti Perak tahun 2009 dulu.  Yang itu (Perak), air liur pun cukup.

Tiada ulasan: