HALAMAN SANTAI

Selasa, 23 Mei 2017

Kamu rasa 'terhina' jika gemuk, kata Dr M

 

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak merasakan dirinya sebagai bersalah kerana menyebut beliau “tidak mahu gemuk gedempol macam isteri satu orang (itu)”.

"Jika dia 'gemuk', maka dia akan berasa dihina. Itu bukan masalah saya," kata Mahathir dengan selamba.

Beliau mengulas kecaman Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin‏ ke atasnya yang dikatakan menghina wanita semasa berucap selaku pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Jitra baru-baru ini.

Bagaimanapun, Mahathir berkata, beliau hanya menjawab kepada soalan tentang caranya menjaga kesihatan.

"Saya ditanya mengenai bagaimana saya menjaga kesihatan saya. Saya kata jika anda 'gemuk', anda akan mendapat masalah. Adakah itu salah?"

Khairy dalam tweet terbaru beliau berkata Mahathir mendapat pas percuma untuk memalukan wanita yang mengalami masalah berat badan.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: