HALAMAN SANTAI

Ahad, 7 Mei 2017

Kegagalan Perjanjian Bandar Malaysia, Kejayaan Tun Mahathir

Suara Kebenaran

Difahamkan, satu pihak dari banyak pihak yang memperolehi 60% pegangan dalam Bandar Malaysia, gagal membuat bayaran seperti dalam perjanjian – tindakan yang membawa kepada pembatalan perjanjian bernilai lebih RM 7 billion itu.



Walaupun begitu, penghargaan perlu diberikan kepada Tun Mahathir Mohammad kerana jasa beliaulah sehingga perjanjian ini terbatal.  Sekalipun bukan China Railway Engineering Corporation (CREC) yang menjadi punca kepada pembatalan tersebut, tapi Tun Mahathir masih berjasa.

Dengan kegagalan ini, menyaksikan pelan rasionalisasi 1MDB yang kononnya telah Berjaya seperti diumumkan hujung tahun lepas, kini tergendala.  Meskipun nilainya berkurang kepada sekitar RM 7.41 billion dari RM 42 billiion ketika isu ini mula-mula menjadi panas, tapi ia masih hutang.

Pakatan Rakyat berharap 1MDB dan BN tidak mencari pelabur ganti untuk melabur dalam projek ini.  Sehari selepas perjanjian dengan Konsortium CREC dan IWH ini dibatalkan, sudah kedengaran sebuah syarikat dari Jepun akan mengambil alih dan perkara ini tidak boleh dibenarkan.

Biarlah kerajaan sendiri yang mencari RM 7.41 billion untuk meneruskan projek ini, nak tengok dapat ke tidak.

Tiada ulasan: