HALAMAN SANTAI

Selasa, 9 Mei 2017

Kekalkan exco hak MB, kata Amanah

Oleh Farhain Mazlan
Post Pic
 
SHAH ALAM: Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Mohd Tahir berkata keputusan Datuk Seri Azmin Ali untuk mengekalkan mandat kerjasama PKR-PAS di Selangor adalah hak beliau sebagai Menteri Besar. 
 
Anuar bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang kenyataannnya itu.
 
"Tiada komen, itu hak Menteri Besar.
 
"Dia dah putuskan sebegitu, jadi tidak mengapalah," katanya ketika dihubungi oleh Antarapos.
 
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan mandat kerjasama di antara PKR-PAS akan diteruskan sehingga pilihan raya umum (PRU) akan datang demi mengekalkan komposisi pentadbiran negeri itu.
 
Kenyataan itu sekaligus mengesahkan tiada perubahan dalam kabinet kerajaan negeri Selangor akan dibuat sehingga penggal berakhir. 
 
Kelmarin, Naib Ketua Pemuda Nasional Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin mencadangkan kepada Azmin supaya segera melakukan rombakan kabinet negeri dengan mengetepikan PAS.
 
Ini berikutan Muktamar PAS ke 63 di Kedah, baru-baru ini meluluskan tanpa bahas usul memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama dengan PKR.
 
Anuar bagaimanapun dalam responnya sebelum ini menyifatkan kenyataan Shazni sebagai pandangan peribadi yang mencerminkan idealisma orang muda.
 
 

Tiada ulasan: