HALAMAN SANTAI

Rabu, 17 Mei 2017

[KEMASKINI] Ubah DAP dulu sebelum ubah negara, Tunku Aziz sindir Kit Siang

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
PETALING JAYA: DAP perlu membuktikan bahawa ia parti demokratik dengan mengubah kepimpinannya terlebih dahulu, sebelum mengajak rakyat mengubah negara.   
 
Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Aziz Tunku Ibrahim berkata demikian merujuk kepada tindak tanduk Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang didakwanya 'kuku besi' serta tidak mengamalkan sistem demokrasi dalam memimpin parti berkenaan. 
 
"DAP parti yang tidak demokratik. Jika DAP mahu memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengubah kepimpinan negara, mereka patut tunjuk dahulu mereka amal demokrasi.
 
"Oleh kerana mereka kata mereka amalkan prinsip demokrasi, jadi mereka perlu menjelaskan dulu kepada umum pendirian mereka terhadap perlembagaan negara.
 
"Mereka asyik melaungkan ‘ubah’ sebagai cogan kata mereka dengan harapan seluruh rakyat akan mengubah negara, tapi sebelum DAP harap rakyat akan ubah, DAP perlu ubah dahulu. Tapi ini perkara yang takkan berlaku.
 
"Jemputan saya pun untuk berdebat pun tidak dilayan, saya bukan mahu buat cabaran, saya hanya mahu beri dia (Kit Siang) ruang yang besar untuk bercakap kepada rakyat negara," katanya dalam sidang media di sini, sebentar tadi.
 
Pada masa yang sama, Tunku Aziz turut mendakwa wujudnya perjanjian sulit antara pemimpin tersebut berhubung jawatan tertinggi dalam pakatan pembangkang. 
 
Walaubagaimanapun, beliau enggan mendedahkan individu yang menjadi 'sumber'nya dengan lebih lanjut.
 
Beliau dalam pada itu sekali lagi 'menjemput' Kit Siang untuk mengadakan debat 'mesra' secara terbuka dengannya.
 
Jemputan debat yang dibuat sejak 4 April lalu bagaimanapun masih tidak menerima sebarang jawapan dari Kit Siang sehingga kini

Tiada ulasan: