HALAMAN SANTAI

Isnin, 8 Mei 2017

Kit Siang hairan ramai percaya dirinya mahu jadi PM

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyelar fitnah yang didakwa dilakukan oleh tentera siber Umno-Barisan Nasional (BN) bahawa dirinya menguasai gabungan pembangkang.
 
Berucap di Majlis Makan Malam DAP Subang malam tadi, Kit Siang hairan bagaimana ramai pihak mempercayai dirinya seorang anti-Melayu, anti-Islam, dalang kejadian 13 Mei 1969, komunis dan menjadi tali barut untuk kuasa asing.
 
"Mereka menuduh saya menguasai Pakatan Harapan dan menjadikan pemimpin lain seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Azmin Ali dan Mohamad Sabu sebagai tali barut dan boneka saya.
 
"Fitnah melalui aplikasi Whatsapp yang tersebar yang mengatakan 'Bola kristal menunjukkan Lim sebagai perdana menteri pada PRU14.
 
"Sebuah klip video yang berdurasi satu minit 15 saat yang bertajuk 'Apa Untong Rakyat Dengan DAP' yang disiarkan menerusi Youtube menunjukkan saya berpakaian komunis dan menuduh saya sebagai orang di sebalik tabir kejadian berdarah 13 Mei 1969, selain mendakwa DAP adalah kuasa di belakang Pakatan Harapan.
 
"Bukan itu sahaja mereka menuduh saya mahu menjadi perdana menteri pada PRU14, kemudian boleh menamakan Lim Guan Eng, anak saya, sebagai timbalan.
 
"Berapa ramai rakyat Malaysia percaya bahawa cita-cita politik saya untuk menjadi perdana menteri dan supaya Guan Eng boleh diangkat sebagai timbalannya?," demikian memetik sebahagian ucapannya.
 
Menolak tohmahan, Ahli Parlimen Gelang Patah itu kemudiannya menegaskan penglibatan di dalam politik lebih 50 tahun itu tidak pernah difikirkan untuk menjawat jawatan nombor satu negara itu.
 
Sebaliknya dakwa Kit Siang, misi beliau hanya mahu merubah dan membina Malaysia dalam bentuk baru, yang membolehkan setiap rakyatnya berbangga dengan negara sendiri, selaras dengan Impian Malaysia yang dibawa DAP selama ini.
 
DAP juga, menurut Kit Siang tidak eksklusif kepada satu-satu kaum sahaja, dengan memberi contoh pemimpin parti itu datang daripada pelbagai kaum, agama dan etnik.
 
 

Tiada ulasan: