HALAMAN SANTAI

Khamis, 25 Mei 2017

Mahathir cabar Low: Apa nak takut, AG ada

MALAYSIAKINI



Dengan nada sinis, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohmad mencabar ahli perniagaan Jho Low yang dikaitkan dengan skandal 1MDB untuk kembali ke Malaysia.

Beliau berkata tidak ada apa yang perlu ditakutkan oleh Low kerana Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali akan memastikan beliau tidak ditangkap.

“Ini kawan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak), sekarang ini tidak berani datang ke Malaysia.

“Apa nak takut, AG (peguam negara) ada, awak tidak akan ditangkap.

“Tapi kalau awak sampai sini di tengah-tengah kami, kami akan godam. Macam apa tu, dia tempeleng,” katanya pada ceramah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Kuala Lumpur malam semalam.

Mahathir sering-kali membidas Mohamed Apandi yang bertindak ‘membersihkan’ Najib daripada sebarang salah laku dalam skandal 1MDB dan menutup segala siasatan ke atas perdana menteri.

Low, atau nama sebenarnya Low Taek Jho, adalah seorang ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang dan tokoh utama yang dikaitkan dalam skandal 1MDB. Beliau juga mempunyai hubungan yang akrab dengan keluarga Najib.

Dalam perkembangan lain, Mahathir juga mengulas kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang mahu beliau mendedahkan jumlah keseluruhan dana pilihan raya sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri.itu kepadanya "mencuri wang".

“Nazri nak tuduh sy curi duit, tuduh la, kalau boleh buat laporan polis tentang duit saya curi.

“Segala hadiah, termasuk 26 kereta dihadiah semasa saya jadi perdana menteri, saya bagi balik kepada kerajaan.

“Pergilah ke (Galeria Perdana) Langkawi, boleh lihat apa saya bagi balik. Nilainya lebih satu juta ringgit, atau lebih, saya tak ambil.

“Orang lain belum dapat hadiah, sapu dulu,” katanya merujuk kepada Galeria Perdana yang menyimpan dan mempamer pelbagai anugerah, cenderahati dan hadiah yang diterima Mahathir semasa pentadbirannya sebagai perdana menteri.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: