HALAMAN SANTAI

Ahad, 21 Mei 2017

Mana rumah ‘percuma’ kami, soal penduduk rumah panjang TTDI

THE MALAYSIAN INSIGHT

Mana rumah ‘percuma’ kami, soal penduduk rumah panjang TTDI
Saya terhina. Kami bukan pengemis. Mereka tempatkan kami di sini. Free mana ada?, kata Gothai Vengidesalam salah seorang penduduk rumah panjang TTDI. – Gambar The Malaysian Insight oleh Tan Wan Peng,
 
SALAH seorang penerima kediaman dalam projek kontroversi Taman Rimba Kiara berkata selepas 36 tahun, bekas pekerja estet yang dipindahkan kerana projek padang gold masih belum menerima kediaman mereka seperti yang dijanjikan.

Gothai Vengidesalam mendakwa pihak berkuasa memberi harapan palsu kepada bekas pekerja estet dan keluarga mereka sewaktu sidang media “Selamatkan Taman Rimba Kiara” hari ini.

“Tiada siapa tahu apa yang sebenarnya berlaku,” katanya, merujuk kepada pengumuman menteri wilayah persekutuan pada 8 Mei lepas yang berkata pihak berkuasa akan meneruskan projek pembangunan taman itu dan 180 unit akan diberikan kepada penduduk rumah panjang di situ.

Gothai berpindah ke rumah panjang di Taman Tun Dr Ismail ketika dia berusia dua bulan.

Keluarganya ialah salah satu daripada 98 keluarga yang dipindahkan ke situ selepas kerajaan mendapatkan estet getah sekitar tahun 1980 dan menjanjikan membina kediaman alternatif untuk mereka dalam lima tahun.

“Saya terhina. Kami bukan pengemis. Mereka tempatkan kami di sini. Free mana ada?” katanya, menyangkal dakwaan Tengku Adnan Tengku Mansor yang penduduk rumah panjang itu akan diberikan kediaman percuma.

Penduduk rumah panjang itu berhak menerima sebuah kediaman secara percuma tetapi perlu membeli unit yang lain pada harga yang belum diumumkan.

Gothai menambah yang dia menentang pembangunan yang akan memusnahkan salah satu kawasan hijau terbesar ibu kota itu.

“Mereka gunakan kami. Saya tak mahu taman ini dimusnahkan. Ia tempat yang indah.”

Pada bulan Jun lepas, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meluluskan pembinaan 29 blok kediaman mampu milik (350 unit), dan lapan blok apartmen mewah (42 sehingga 54 tingkat, 1,766 unit) di tanah seluas 4.86 hektar di Taman Rimba Kiara, yang sudahpun diperuntukkan sebagai kawasan terbuka awam di bawah Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020.

Pada 7 Mei, Persatuan Penduduk TTDI berkata yang mereka akan menyaman DBKL untuk menghentikan projek itu.

Sukarelawan Leon Koay berkata persatuan menentang kemusnahan hampir 48% taman itu untuk membina lapan blok apartmen, bukannya kediaman untuk penduduk rumah panjang.

“Pendirian persatuan ialah teruskan membina kediaman untuk penduduk rumah panjang tetapi ia perlu berkepadatan rendah dan mampan,” kata Koay dalam acara itu hari ini.

Dia berkata pemaju yang dirunding persatuan mencadangkan projek mampan itu akan menelan belanja RM40 juta.

Naib Presiden Persatuan Penduduk TTDI Clinton Ang berkata rekod DBKL dalam mengazetkan kawasan hijau buruk.

“Bagaimana anda hendak menjadikan KL kota yang sesuai didiami sekiranya anda terus membangunkan kawasan hijau?” katanya.

Gothai, penduduk rumah panjang berkata. “Saya boleh tunjukkan pokok yang ayah saya tanam di sini. Mengapa anda suruh kami tanam pokok dan sekarang mahu tebang semua?”

Tiada ulasan: