HALAMAN SANTAI

Rabu, 10 Mei 2017

Masa depan hubungan PAS, PKR ditentukan esok

ANTARAPOS.COM

Post Pic



KOTA BHARU: Masa depan hubungan PAS dan PKR bakal ditentukan esok apabila Majlis Syura Ulama parti itu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan perkara berkenaan.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob berkata, Majlis Syura PAS akan bermesyuarat esok bagi membincangkan ketetapan Muktamar Tahunan PAS ke 36 di Alor Setar baru-baru ini yang mahu hubungan dengan PKR diputuskan.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob berkata, beliau akan turut menghadiri mesyuarat berkenaan yang berlangsung di Kuala Lumpur.

"Mesyuarat akan diadakan esok, kita akan bincang dahulu sebelum buat sebarang keputusan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pecah Tanah Bangunan Wakaf Raudhatul Barakah, Pondok Beta Hilir di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Tumboh, Abd Rahman Yunus;Pengetua Pondok Beta Hilir, Mohammad Jalaluddin Assayuti Mohammad dan
Penasihat Jawatankuasa Pembangunan Pondok Beta Hilir, Datuk Abdul Rahim Hasan.

Pada majlis itu, Ahmad menyampaikan sumbangan daripada kerajaan negeri berjumlah RM30,000






Tiada ulasan: