HALAMAN SANTAI

Rabu, 10 Mei 2017

Menang PRU dulu baru tentukan calon PM, kata Azmin

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan (PH) boleh ditentukan kemudian.
 
Azmin berkata demikian mengulas gesaan mantan menteri yang kini menyertai DAP, Datuk Zaid Ibrahim agar PH menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri.
 
Ujar Azmin, PH perlu meraih kejayaan di beberapa negeri terlebih dahulu sebelum memuktamadkan soal calon perdana menteri mereka.
 
"Datuk Zaid Ibrahim kena menang di Kelantan dahulu. Menang di Perak, Pahang dan kita gabungkan semua ini untuk membentuk kerajaan baru di peringkat persekutuan. 
 
"Siapa jadi Perdana Menteri kita tunggu menang dahulu lah. Menang pilihan raya dahulu," katanya selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di SACC Convention Centre di sini hari ini. 
 
Terdahulu, Zaid dalam tulisan di blognya mendesak pakatan pembangkang menawarkan Dr Mahathir sebagai calon PM, langkah yang menurutnya akan mendapat sokongan pengundi.
 
Menurut Zaid juga, pemilihan Dr Mahathir sebagai calon PM boleh meleraikan kebimbangan umum bahawa DAP berminat untuk mengambil alih kepimpinan negara.
 
Bagaimanapun jelas Menteri Besar Selangor itu, setiap indvidu dan parti komponen yang menganggotai PH mempunyai kekuatan serta daya tarikan masing-masing. 
 
PH dalam sidang media di Petaling Jaya awal hari ini ketika diaju mengenai gesaan Zaid itu dilihat masih enggan menamakan calonnya untuk jawatan terpenting tersebut.
 
Sebaliknya, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution berkata mana-mana calon yang dipilih akan lebih baik daripada kepimpinan kerajaan semasa
 
 

Tiada ulasan: