HALAMAN SANTAI

Khamis, 25 Mei 2017

Mukhriz Masih Mentah, Tak Layak Jadi PM – PKR

Suara Kebenaran




Poster kabinet bayangan yang diedarkan semasa Kongres AMK PKR Ahad lepas, menunjukkan realiti sebenar barisan kepimpinan yang bakal dibentuk setelah BN ditumbangkan dalam PRU14 yang akan datang.

Sekalipun ia belum mendapat pengesahan rasmi dari Majlis Presiden Pakatan Harapan seperti yang disebutkan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Sri Mukhriz Mahathir, tapi pengesahan itu sekadar formaliti.  Hakikatnya, dari 4 Presiden parti komponen Pakatan Harapan yang berada di atas pentas, 3 daripada mereka mengangkat plakad mengesahkan Anwar bakal PM ke 7.

Apa bentuk pengesahan lagi yang dimahukan Mukhriz?   Bagi menjawab kekeliruan orang ramai, Datuk Sri Wan Azizah bukan Perdana Menteri ke 7 kerana beliau hanyalah Perdana Menteri sementara bukan yang sebenar.

Sementara kita faham Mukhriz juga mengintai peluang untuk menjadi Perdana Menteri, perlu ditegaskan bahawa Mukhriz masih mentah dan tidak layak untuk menduduki jawatan tertinggi negara itu.  Berbanding Datuk Sri Anwar Ibrahim yang mempunyai berpuluh tahun pengalaman sebagai Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, dimana kedudukan Mukhriz?

Sekalipun Mukhriz ada sedikit kelebihan pengalaman berbanding Anwar dari segi pernah menjadi Menteri Besar, tapi itu bukan perbandingan yang adil kerana Anwar berasal dari Penang dimana pihak mana pun yang menang, kaum cina akan menjadi Ketua Menterinya.  Lagipun Mukhriz tidak sampai sepenggal menjadi Menteri Besar, 3 tahun pun tak sampai.

Justeru, berhentilah mengharap sesuatu yang tidak akan menjadi kenyataan.

Tiada ulasan: