HALAMAN SANTAI

Ahad, 21 Mei 2017

'Negara punyai kerajaan bersih tahun 2050'

Koh Jun Lin
  


Di tengah-tengah seruan mengamalkan integriti di kalangan pemimpin masa depan Malaysia, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Mohd Razlan Rafii menyuarakan keyakinan dalam kejayaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam mendakwa menahan pelaku rasuah.

"Hari ini, alhamdulillah, SPRM menahan semua mereka yang melakukan kesalahan," katanya sambil disambut tepukan gemuruh.

"Saya percaya kerajaan akan terus memakmurkan negara ini dan akhirnya kita akan ada kakitangan awam dan sektor swasta yang berintegriti tinggi pada tahun 2050 - percayalah - kita akan mempunyai pemimpin yang mempunyai integriti yang tinggi," katanya pada sesi dialog TN50 di Titiwangsa semalam.

Berucap sebagai ahli panel, Mohd Razlan berkata demikian selepas seorang peserta menzahirkan cita-cita untuk negara mempunyai pemimpin yang berintegriti tinggi, antara lainnya.

Turut hadir sebagai ahli panel adalah Menteri Kewangan II yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani.

Bagaimanapun, Razlan menambah, matlamat itu juga terletak kepada para peserta yang suatu hari nanti mungkin menjadi pengarah, ketua setiausaha atau mencapai kedudukan lain.

Tiada ulasan: