HALAMAN SANTAI

Sabtu, 6 Mei 2017

NGO dakwa Hindraf ejen kerajaan ekstremis Hindu

 Berita Daily Staff

NGO dan rakyat Malaysia harus membuat laporan polis terhadap ekstremis Hindu berkenaan kerana Hndraf tidak tidak menghormati Perlembagaan Negara

KUALA LUMPUR: Badan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslim (MRM) mendakwa Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) adalah ejen kepada kerajaan ekstremis Hindu dan pengancam kepada kedaulatan Malaysia.

MRM berkata, NGO dan rakyat Malaysia harus membuat laporan polis terhadap ekstremis Hindu berkenaan kerana Hindraf tidak menghormati Perlembagaan Negara dan seolah-olah menjadi ejen kerajaan ekstremis Hindu dengan menjadi jurucakap bagi mereka agar Dr Zakir Naik dihantar pulang.

“Namun Hindraf berdiam diri apabila kerajaan India juga mengeluarkan waran tangkap kepada Ananda Krishnan,” kata kenyataan itu, dipetik laman Ismaweb, hari ini.

Hindraf juga katanya menggugat keharmonian negara dengan menghina institusi beraja di Malaysia apabila mempertikaikan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada Zakir pada 2013.

“Hindraf mengancam kedaulatan negara dengan meminta negara luar masuk campur dalam urusan hal ehwal dalaman negara dan tidak hormat kepada Islam yang merupakan agama Persekutuan sedangkan dalam Perlembagaan jelas tertulis Islam agama Persekutuan dan Muslim boleh menyebarkan agama Islam, tetapi bukan Muslim tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada orang Islam.

“Namun, Hindraf seolah-olah menafikan Perlembagaan Negara dengan cuba menghalang umat Islam di Malaysia daripada melaksanakan hak yang telah termaktub dalam Perlembagaan Negara,” katanya.

Hindraf juga katanya cuba menghasut penganut agama Hindu untuk membenci seorang mufti beragama Islam dengan sengaja mengambil di luar konteks apa yang Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin bahaskan, lalu cuba membakar api perkauman dan sentimen agama di kalangan orang Hindu, jelas berniat jahat cuba melaga-lagakan penganut Hindu dan umat Islam.

Sehubungan itu, Presiden MRM, Firdaus Wong Wai Hung menggesa setiap NGO dan rakyat Malaysia membuat laporan polis terhadap Hindraf yang dilihat menggugat kedaulatan negara serta meletakkan keharmonian hidup berbilang bangsa dan agama di Malaysia pada tahap berbahaya.

“Kami menyeru kita semua melakukan laporan polis bersama di seluruh negara pada Jumaat (hari ini) jam 2.30 petang ke atas Hindraf berdasarkan sebab-sebab yang disebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
MRM dan Skuad Mubaligh Selangor juga katanya, akan membuat laporan polis terhadap Hindraf.

Tiada ulasan: