HALAMAN SANTAI

Ahad, 7 Mei 2017

Noh kesal pembangkang tuduh PM ‘jual’ Malaysia

Manzaidi Mohd Amin
Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.


PETALING JAYA – Kerajaan Pusat memperuntukan sebanyak RM24 juta untuk anak muda di Selangor terlibat dalam perniagaan hasil daripada pelaburan negara namun masih ada pihak mendakwa Perdana Menteri mahu ‘menjual’ Malaysia.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar kesal kerana hasrat Datuk Seri Najib Razak itu adalah untuk memberi peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini terutama anak-anak muda.

“Kerajaan banyak hadapi masalah dengan dakyah pembangkang yang sentiasa mencari jalan untuk menggagalkan kerajaan membela rakyat yang berpendapatan kecil dan sederhana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Hari Belia Selangor dan program #YOUCANDUIT di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Medan di sini hari ini.

Pada perkembangan lain, Noh yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO berkata, ketika kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah sebelum ini mereka telah membina Kompleks Belia dan Kebudayaan di Shah Alam.

Malangnya, kata beliau, sebaik kompleks itu siap, kerajaan BN pula bertukar tangan kepada Pakatan Harapan (PH) menyebabkan bangunan itu tidak dapat dimanfaatkan oleh golongan belia.

“Inilah beza antara kerajaan PH dengan kerajaan BN. Kita memerintah sentiasa memikirkan bagaimana hendak memajukan belia dan sukan, tapi malangnya, bawah PH, mereka halang semua aktiviti belia daripada diteruskan,” katanya. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: