HALAMAN SANTAI

Rabu, 17 Mei 2017

Pakatan masih terbuka rundingan dengan Pas

Saifuddin Abdullah
Saifuddin Abdullah.
 
PETALING JAYA - Pakatan Harapan terus berharap Pas akan menyertai rundingan kerusi bagi menghadapi PRU14 akan datang, meskipun sebelum ini parti Islam itu menamatkan kerjasama dengan gabungan parti tersebut.

Ketua Setiausahanya, Datuk Saifuddin Abdullah juga berkata, jemputan itu juga terbuka kepada semua pihak pembangkang walau apa pun keputusan Majlis Syura Ulamak Pas yang menerima pakai usul untuk menamatkan hubungan dengan PKR bulan lalu.

"Sebelum keputusan Muktamar, Pakatan Harapan sentiasa mempunyai gambaran yang lebih besar dalam fikiran termasuk semua parti pembangkang.

"Bukan sahaja Pas tetapi semua parti pembangkang lain. Pakatan Harapan terbuka untuk berunding dengan semua pihak," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Beliau berkata, tawaran itu terbuka  selagi Pas menganggap dirinya sebahagian daripada pembangkang.

Tiada ulasan: