HALAMAN SANTAI

Rabu, 3 Mei 2017

Pandikar mampu bertanding di mana-mana kerusi, kata Abdul Rahman

Oleh Ahmad Farhain Mazlan
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berhak bertanding di mana-mana kerusi kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan.
 
Abdul Rahman berkata beliau menganggap Pandikar Amin sebagai seorang tokoh Umno yang berkebolehan dan berbakat.
 
“Semua orang boleh jadi calon dan itu tiada masalah sebab Umno ini mempunyai ramai orang berbakat dan berkaliber.
 
“Pada pandangan saya, Tan Sri Pandikar memang berupaya untuk menawarkan diri, jadi itu tiada masalah,” tambahnya.
 
Beliau berkata demikian ketika mengulas khabar-khabar angin Pandikar Amin akan bertanding di kerusi Parlimen Kota Belud yang kini disandang oleh Abdul Rahman.
 
“Umno ini mempunyai banyak bakat, kerusi tidak cukup tetapi ramai orang yang berminat, jadi pada pandangan saya masing-masing mempunyai peluang dan hak untuk menawarkan diri,” katanya.
 
April lalu, Pandikar Amin mengumumkan kesediaannya untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.
 
 
 

Tiada ulasan: