HALAMAN SANTAI

Isnin, 22 Mei 2017

PAS enggan ulas butiran pertemuan dengan Azmin

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SABAK BERNAM: Exco PAS, Zaidy Abdul Talib enggan mengulas kedudukan terkini tiga wakil rakyat parti itu di dalam kerajaan negeri, selepas kesemua mereka didakwa mengadakan perjumpaan bersama Menteri Besar, hari ini.
 
Sebaliknya beliau meminta agar gesaan PKR terus mengadakan rundingan bersama PAS diajukan terus terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. 
 
"Itu kena tanya Menteri Besar terus atau Anwar Ibrahim. Saya tak pasti yang itu," katanya ringkas ketika ditemui pemberita sebentar tadi. 
 
Terdahulu Azmin dilihat mengadakan perbincangan bersama tiga exco PAS dan Pesuruhjaya PAS Selangor di Sekinchan, pagi tadi selama kira-kira 20 minit.
 
Kesemua mereka hadir sempena lawatan rasmi Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ke daerah berkenaan.
 
Perbincangan tersebut hanya melibatkan exco-exco PAS iaitu Zaidy, Datuk Iskandar Samad dan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi dan pesuruhjaya, Sallehin Mukhyi.
 
Kesemua Exco PAS Selangor didesak supaya meletakkan jawatan selepas parti itu mengambil ketetapan membatalkan tahaluf siyasinya dengan PKR.
 
PKR pula 'membalas' ketetapan itu dengan mengarahkan kesemua lantikan politiknya di Kelantan supaya melepaskan jawatan masing-masing.
 
 

Tiada ulasan: