HALAMAN SANTAI

Jumaat, 19 Mei 2017

PAS mahu bertemu Azmin dalam masa terdekat

THE MALAYSIAN INSIGHT

PAS mahu bertemu Azmin dalam masa terdekat
Kedudukan PAS di Selangor masih dalam teka teki selepas parti itu memutuskan hubungan dengan PKR. – Gambar fail The Malaysian Insight, 

PAS akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dalam masa terdekat bagi membincangkan isu melibatkan kerajaan Selangor

Perkara itu diumumkan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Mat dalam satu kenyataan media hari ini. Tuan Ibrahim bertindak sebagai pemangku presiden kerana Presiden PAS Abdul Hadi Awang sedang dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) Selasa lepas.

Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini dan pertemuan itu dijangka akan diwakili Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Mat, naib presiden dan Setiausaha Agong Takiyuddin Hassan. Tarikh dan waktu pertemuan akan ditentukan kemudian.

Dalam mesyuarat itu juga, PAS memutuskan untuk mengekalkan exconya di Selangor, menegaskan yang mereka akan menyerahkan kepada menteri besar Selangor untuk membuat keputusan dengan perkenan Sultan Selangor.

Keputusan itu dikritik bekas naib presiden dan ketua penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar yang menyifatkan keputusan PAS itu memalukan.

Isu melibatkan kedudukan exco PAS dalam kerajaan Selangor timbul selepas parti Islam itu secara rasmi memutuskan hubungan kerjasama politik dengan PKR.

PAS mempunyai 13 Adun di Selangor, 3 daripadanya ialah exco kerajaan negeri iaitu Iskandar Samad, Ahmad Zaidy Talib dan Dr Yunus Hairi.

Tiada ulasan: