HALAMAN SANTAI

Khamis, 18 Mei 2017

PAS nafi arah 13 Adun letak jawatan

Shawaliah Hadir

PAS menyerahkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menetapkan kedudukan semua exco parti itu berdasarkan keputusan yang dicadangkan oleh Azmin Ali kelak

KUALA LUMPUR: PAS menafikan dakwaan parti itu mengarahkan 13 Adunnya melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri Selangor.

Kata Setiausaha Agung parti itu Takiyuddin Hassan kesemua Adun yang juga tiga orang daripadanya memegang jawatan sebagai exco akan kekal dalam pentadbiran negeri tersebut, sehingga wujudnya perubahan keputusan yang bakal dibuat oleh Menteri Besar Mohamed Azmin Ali dan pada akhirnya di perkenan oleh Sultan.

“Tidak ada yang tidak setuju masa muktamar baru-baru ini semua bangun menyokong.

“Saya nafikan ada arahan Adun kita keluar dari kerajaan Selangor beliau (Pesuruhjaya Selangor Sallehin Mukhyi) tidak mengeluarkan arahan yang bersifat demikian,” katanya kepada wartawan ketika sidang media.

Tambah Takiyuddin kuasa yang dipegang Sultan dalam memperkenankan pengguguran dan perlantikan exco selaras dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1999, berdasarkan kepada Perkara 53 Fasal 7.

“Di tangan saya salinan undang-undang tubuh KNS 1999, berdasarkan kepada perkara 53 Fasal 7, jelas menyatakan bahawa seseorang ahli Majlis Mesyuarat kerajaan selain Menteri Besar hendaklah memegang jawatan selama diperkenalkan Sultan Selangor itu yang dipegang PAS sekarang ini kecuali perletakan jawatan.

“Dalam konteks ini soal meletakkan jawatan tidak timbul. Ketetapan lain dibuat jika ada perkembangan pembaharuan pada masa akan datang,” tambahnya.

Sehubungan itu, PAS menyerahkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menetapkan kedudukan semua exco parti itu berdasarkan keputusan yang dicadangkan oleh Azmin kelak.

“Kami serahkan Sultan buat keputusan. PKR sendiri tidak buat keputusan sebaliknya tunggu Menteri Besar balik jadi biar Sultan buat keputusan dengan cadangan Menteri Besar.

“Menteri Besar yang akan membuat permohonan perkenan dari Sultan, ujar beliau.

Terdahulu parti itu mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mesyuarat tersebut diadakan tanpa kehadiran Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang kini sedang dalam cuti rehat.

Akhbar tempatan berbahasa Inggeris hari ini dilaporkan sebagai berkata bahawa semua Adun PAS di negeri itu menerima arahan untuk meninggalkan kerajaan Selangor.

Untuk rekod, PKR dalam mesyuarat Biro Politiknya Selasa lalu mengarahkan Penyelia Parlimen dan Adunnya di Kelantan meletakkan jawatan serta-merta selaras keputusan Majlis Syura Ulama yang memutuskan hubungan kedua-dua parti itu.

Tiada ulasan: