HALAMAN SANTAI

Selasa, 16 Mei 2017

PAS tunggu jemputan 'sah' dari PKR

Oleh Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: PAS akan membuat keputusan mengenai kehadiran mereka ke Kongres Nasional PKR, sekiranya menerima jemputan yang 'sah' daripada parti itu, kata Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
 
Terdahulu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata pihaknya telah menghantar jemputan kepada PAS sebelum Majlis Syura Ulama membuat keputusan memutuskan tahaluf siyasi antara kedua-dua parti berkenaan.
 
"Jawapan kehadiran bila ada jemputan yang sah," kata Tuan Ibrahim menerusi aplikasi Whatsapp kepada Antarapos.
 
Sementara itu, Naib Presiden PAS, Dr Idris Ahmad dalam reaksinya berkata, terpulang kepada PKR sekiranya mahu menarik balik jemputan selepas mengambilkira hubungan kedua-dua parti yang kini sudah terbatal.
 
"Mereka patut buat keputusan sendiri sama ada nak jemput (PAS) atau tidak.
 
"Nak tarik balik atau tidak, terpulang," katanya.  
 
Saifuddin semalam memaklumkan jemputan kepada PAS telah dihantar kepada Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung, menerusi kurier.
 
Justeru ujarnya, soal sama ada PKR akan menarik balik surat undangan itu hanya akan diputuskan setelah PAS membuat pendirian mengenainya

Tiada ulasan: