HALAMAN SANTAI

Khamis, 18 Mei 2017

PAS ugut tarik balik sokongan kepada Azmin

Berita Daily Staff

Selangor dilanda krisis politik berikutan keputusan Majlis Syura Ulama PAS menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR

KUALA LUMPUR: Nampaknya krisis politik di Selangor semakin memuncak selepas kepimpinan PAS Selangor mengugut untuk menarik balik daripada menyertai kerajaan campuran Pakatan Harapan yang diketuai oleh Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

Menurut Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi, kepimpinan parti Islam negeri itu memutuskan bahawa semua 13 Adun PAS akan menarik balik sokongan jika Azmin terus memaksa tiga Exco daripada parti itu meletak jawatan, lapor The Star Online.

Menurut laporan itu lagi, kepimpinan PAS negeri membuat keputusan tersebut selepas mengadakan satu mesyuarat lewat malam Selasa, yang dipengerusikan sendiri oleh Sallehen.

Dijangka, Sallehen akan mengadakan satu mesyuarat dengan pusat pimpinan PAS untuk menyampaikan keputusan kepimpinan negerinya.

Bagaimanapun, pengamal politik berpendapat Pakatan Harapan Selangor di bawah pimpinan Azmin tidak akan tergugat kerana masih memiliki majoriti yang mencukupi untuk memerintah kerajaan negeri.

Sekiranya,PAS bertindak keluar dari Pakatan Harapan, Azmin masih mempunyai sokongan 29 wakil rakyat termasuk beliau dan speaker (Hannah Yeoh) kerajaan negeri.

Untuk rekod, PKR memiliki 13 kerusi diikuti DAP dan Amanah yang masing-masing mempunyai 14 dan dua kerusi DUN.

Umno yang mengetuai pembangkang hanya mempunyai 12 kerusi DUN dan dua Bebas. Selangor mempunyai jumlah 56 kerusi DUN.

Selangor dilanda krisis politik berikutan keputusan Majlis Syura Ulama PAS menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR.

Tiada ulasan: