HALAMAN SANTAI

Khamis, 11 Mei 2017

Pegawai Rela dikesan jual pangkat kehormat – TPM

Kumara Sabapatty
Ahmad Zahid Hamidi (tengah) melakukan gimik pelancaran Kad Kuasa Imigresen di Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL
 

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati seorang pegawai Sukarelawan Malaysia (Rela) menjual pangkat kehormat milikinya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pegawai itu berasal dari selatan tanahair dan akan disiasat untuk perundangan Rela.

“(Pembeli) Orang luar itu berasa dari Sabah dan telah membayar sejumlah wang hampir puluhan ribu ringgit kepada pegawai kehormat itu tampil membuat pengaduan di ibu pejabat Rela.

“Kita ada resit sebagai bukti pembayaran yang dilakukan dari penjualan,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan KDN di sini hari ini tanpa mendedahkan indentiti anggota terbabit.
Pada majlis yang sama, beliau turut melancarkan Kad Kuasa Imigresen.

Hadir pada perhimpunan itu Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim dan Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri menjelaskan, ia bukan kes pertama yang dikesan, malah pihaknya telah mengesan 20 kes oenjualan pangkat sebelum ini.

Katanya, pembeli sanggup bayar sekurang-kurangnya RM10,000 untuk memiliki pangkat Rela, malah ada yang membayar melebihi RM30,000 untuk memiikinya.

“Jika mana-mana orang yang membayar untuk jawatan-jawatan Rela, sila tampil segera ke hadapan membuat laporan polis sebanyak mungkin untuk membolehkan tindakan perundangan diambil.

“Ketua Pengarah Rela biar menyiasat lebih lanjut mengikut perundangan yang ada dan laporan polis akan dibuat untuk siasatan lanjut sebelum butiran lanjut termasuk identiti boleh didedahkan kemudian,” katanya. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: