HALAMAN SANTAI

Jumaat, 5 Mei 2017

Pemain Selangor ditahan polis

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Seorang pemain import Selangor ditahan di Puchong awal pagi tadi selepas didapati memandu sebuah kereta BMW yang menggunakan nombor pendaftaran palsu. 
 
Suspek warga Liberia berusia 30 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Balai Polis Puchong Jaya yang memantau kereta BMW 325i yang diletakkan di hadapan sebuah restoran di Bandar Puteri Puchong, sekitar jam 4 pagi. 
 
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias, berkata suspek ditahan selepas membuka pintu menggunakan alat kawalan jauh sebelum menghidupkan enjin kereta berkenaan. 
 
"Hasil siasatan awal mendapati nombor chasis kereta berkenaan tiada dalam rekod Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan siasatan lanjut sedang dilakukan. 
 
"Setakat ini kita tidak menolak kemungkinan nombor pendaftaran kereta berkenaan direkodkan atas kenderaan lain yang berkemungkinan sudah tidak digunakan lagi namun pemeriksaan masih dilakukan," katanya dipetik BH sebentar tadi.
 
Katanya, kereta berkenaan bukan dicuri sebaliknya adalah sebuah kereta yang disyaki diklon. Suspek yang dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya pagi tadi direman dua hari bermula hari ini.
 
 

Tiada ulasan: