HALAMAN SANTAI

Isnin, 15 Mei 2017

Pengeluar mahu gula dinaikkan 29 sen lagi

ANTARAPOS.COM

Post Pic
KUALA LUMPUR: Pengeluar gula MSM Malaysia Holdings masih dalam perbincangan dengan kerajaan untuk menaikkan harga gula 29 sen sekilogram lagi bagi menjamin keuntungan syarikat tahun ini.
Kumpulan Felda Global Ventures Holding Bhd (FGV), yang menguasai syarikat pengeluar itu, berkata harga gula mentah yang tidak stabil, ditambah dengan kejatuhan ringgit menyebabkan syarikat berdepan cabaran.
“Disebabkan harga gula mentah tidak stabil, kerajaan perlu menaikkan harga jualan sebanyak 40 sen per kilogram,” kata presiden dan ketua pegawai eksekutif FGV Datuk Zakaria Arshad.
Pada 1 Mac lalu, harga gula pasir putih bertapis dinaikkan 11 sen sekilogram, daripada RM2.84 kepada RM2.95 sekilogram.
Kali terakhir harga gula diselaras adalah pada Oktober 2013.PASA

Tiada ulasan: