HALAMAN SANTAI

Selasa, 16 Mei 2017

Pengundi Selangor tidak peduli isu PAS cerai PKR

 
Pakatan Harapan perlu konsisten mendekati pengundi dengan isu-isu rakyat yang lebih menjadi tumpuan.

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh mendakwa lebih ramai rakyat Selangor yang tidak peduli tentang isu terputusnya hubungan kerjasama politik PKR dengan PAS.

Katanya, rakyat lebih mengutamakan isu yang berkait rapat dengan kepentingan mereka khususnya berkenaan kos sara hidup.

“Persoalannya, apakah reaksi rakyat? Apakah mereka kisah? Apakah tindakan parti saya, PKR dan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan?

“Saya fikir memang benar ramai rakyat yang kisah terutamanya rakyat di Selangor tetapi saya percaya lebih ramai yang tak kisah, mungkin setinggi 35 peratus daripada pengundi yang di atas pagar. Bagi mereka, yang lebih penting, apa yang mereka akan dapat daripada semua ini. Gaji boleh naik ke? Harga barang boleh turun ke?,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Justeru jelas beliau, Pakatan Harapan perlu mempersiapkan parti untuk menghadapi pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya yang akan datang.

Tambahnya akar umbi parti itu perlu konsisten mendekati pengundi menerusi isu-isu rakyat dan tidak terbuai dengan isu yang dilihat menjadi tumpuan kini iaitu hubungan kerjasama politik PAS dan PKR yang diputuskan.

“Agenda dan pembelaan rakyat wajib terus menjadi tumpuan dan tidak terpesong dengan ada atau tiada kerjasama politik. Tindakan turun bertemu pengundi tidak boleh terjejas sama sekali.

“Malah jentera tidak boleh alpa dengan episod ‘drama’ ini, sebaliknya mengambil kesempatan meningkatkan usaha mendekati pengundi, bersedia untuk 3-penjuru selain mencegah penipuan yang mungkin berlaku.

“Justeru, ada atau tidaknya tahaluf siyasi serta kedudukan di Selangor biarlah ia diputuskan atas kebijaksanaan pimpinan. Pertimbangan terbaik wajar diambil atas kemaslahatan rakyat, bukan atas kepentingan survival politik dan peribadi semata-mata seperti agenda Umno dan PAS,” ujarnya.

Katanya lagi, keberkesanan dalam mendekati pengundidipercayai akan meraih lebih ramai penyokong parti itu yang menyedari akan masalah utama yang perlu dihadapi iaitu

“Jika rakyat nampak ini, Insya-Allah Pakatan Harapan boleh menarik sokongan rakyat sebagai sukarelawan jentera pilihan raya malah mungkin mendapat sokongan yang dahulu diperolehi daripada penyokong PAS, dan Umno yang menolak Umno-BN,” tambah Syed Ibrahim.

Tiada ulasan: