HALAMAN SANTAI

Rabu, 17 Mei 2017

Pensyarah UUM buat laporan polis terhadap Hannah Yeoh

THE MALAYSIAN INSIGHT
Pensyarah UUM buat laporan polis terhadap Hannah Yeoh
Pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia Kamarul Yusoff memperlihatkan laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Changloon, Kedah, hari ini. – Gambar Facebook,
 
SEORANG pensyarah universiti membuat laporan polis terhadap Hannah Yeoh selepas speaker Dewan Undangan Negeri Selangor itu membuat laporan bukunya dituduh memurtadkan rakyat Malaysia.

Laporan balas oleh pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia Kamarul Yusoff itu susulan tindakan Yeoh membuat laporan polis terhadapnya mengenai posting Facebook pada 10 Mei yang menuduh DAP bersikap hipokrit dalam perkara melibatkan Islam.

Kamarul menamakan Yeoh, yang berpegang kuat dengan ajaran Kristian, sebagai contoh DAP hanya mengambil berat tentang memisahkan agama daripada politik jika ia melibatkan Islam.

"Saya terkejut apabila buku itu mempunyai banyak cerita dan petikan daripada Bible Kristian. Saya rasa buku ini cuba memujuk, mempengaruhi, atau menghasut orang bukan Kristian untuk memeluk agama Kristian," tulis Kamarul pada laman Facebooknya.

Melalui akaun Facebook miliknya itu, beliau berkata Yeoh mungkin melanggar undang-undang di bawah Seksyen 4 (1) (a) Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor 1988.

"Enakmen ini menyatakan ‘Seseorang adalah melakukan kesalahan jika ia memujuk, mempengaruhi, atau menghasut seorang lain yang beragama Islam supaya menjadi penganut atau anggota suatu agama bukan Islam atau supaya cenderong kepada agama itu’," kata Kamarul.

Beliau menambah Yeoh mungkin juga melanggar Seksyen 298 (A) (1) Kanun Keseksaan kerana cuba memecahbelahkan keharmonian negara ini dengan menggunakan alasan agama.

Kamarul juga menyenaraikan pelbagai halaman daripada autobiografi Yeoh, “Becoming Hannah: A Personel Journey” sebagai cubaan menukar penganut Islam kepada Kristian dan menggesa polis menyiasat.

Yeoh berkata, tiada agenda rahsia di dalam bukunya yang pra-pelancaran dilakukan pada 2014 dan pelancaran rasmi pada Januari 2015. 

Buku ini boleh dibeli dalam talian dan boleh didapati di kedai buku utama seperti Kinokuniya, MPH, Popular dan Times.


Tiada ulasan: