HALAMAN SANTAI

Rabu, 17 Mei 2017

Peserta motivasi 'bogel' mengaku bersalah, didenda RM1,500

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Seramai 23 bekas peserta satu program kem motivasi di sebuah resort di Bentong awal tahun lalu, mengaku bersalah kerana berbogel ketika mengikuti program berkenaan.
 
Majistret Khairuddin Anhar Mahmud mengenakan denda RM1,500 untuk setiap seornag selepas kesemua individu berkenaan dibacakan tuduhan berkelakuan lucah pada program yang dijalankan 21 Januari lalu.
 
Tertuduh yang berumur antara 19 dan 23 tahun, dan sebahagian besarnya merupakan pelajar kolej menjawab 'ya' selepas ditanya jurubahasa mahkamah sama ada memahami pertuduhan, dan menjawab 'mengaku' selepas ditanya sama ada mengaku salah atau sebaliknya.
 
Kejadian pada jam 5.30 petang, 21 Januari lalu dilaporkan oleh orang awam ketika sekumpulan peserta program motivasi itu membuat aktiviti di padang permainan resort tersebut.
 
Kesemua mereka dituduh mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum tiga tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
 
Manakala lima lagi peserta kem motivasi didenda RM1,500 seorang selepas mengaku salah bersubahat melakukan perbuatan itu di tempat dan pada masa sama mengikut Seksyen 294(a) dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan.
 
Lima fasilitator termasuk jurulatih kem motivasi didenda RM3,000 seorang dan dipenjara sebulan bermula daripada tarikh tangkap iaitu pada 22 Januari lalu selepas mengaku salah atas tuduhan sama

Tiada ulasan: