HALAMAN SANTAI

Khamis, 18 Mei 2017

PPBM bakal 'karam' sebelum PRU14 - Kamarulazman

Oleh Athirah Hanapiah
Post Pic
 
 
PORT DICKSON: Pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Kamarulazman Habibur Rahman membayangkan parti yang pernah dihuninya bakal ‘karam’ sebelum menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.
 
Dakwa Kamarulazman, terlalu banyak kelemahan dan kebocoran yang masih belum diperbaiki pemimpin parti tersebut, yang dilihat menjadi faktor penyebab sebelum ia berjaya memegang sebarang kerusi pada pilihan raya itu kelak.
 
“Saya berpendapat bahawa bahawa ‘kapal’ ini akan karam sebelum PRU14 nanti.
 
“Mungkin pada peringkat awalnya jika mereka menyedari dan mengakui hakikat bahawa ada sesuatu yang tak kena kepada bahtera parti ini dan mereka membuat sesuatu, tetapi nampaknya mereka tidak membuat apa-apa tindakan yang baik," katanya. 
 
Malah kata Kamarulazman, ekoran ketiadaan tindakan untuk memperbaiki keadaan oleh kepimpinan, berkemungkinan lebih ramai lagi ahli PPBM akan mengikut jejak langkahnya keluar parti dalam tempoh terdekat.
 
Beliau juga mengulangi bahawa terdapat lebih 800 ahli PPBM di Port Dickson yang bakal keluar parti itu tidak lama lagi, sekaligus menjadi bukti ketidakstabilan yang wujud dalam parti tersebut.
 
“Akan berlaku lagi beberapa tindakan-tindakan yang akan menyebabkan parti ini makin lama akan lemah dan perkara ini tidak akan dapat dielakkan kerana saya merasakan bahawa ada di kalangan kami yang agak keliru, gusar dan terganggu dengan perjalanan parti yang tidak seperti dijangkakan.
 
“Jadi saya merasakan bahawa akan ramai lagi ahli-ahli yang akan membuat keputusan yang sama untuk keluar dari parti ini.”
 
Kamarulazman pada bulan lalu mengumumkan untuk keluar PPBM selepas kecewa dengan amalan kronisme dan pilih kasih di dalam parti teraju Tun Dr Mahathir Moahamd itu.
 
Beliau juga mengumumkan peletakan kesemua jawatannya di dalam parti, termasuk sebagai ahli majlis pemimpin tertinggi PPBM dan Setiausaha Kerja PPBM pusat.
 
Dalam kenyataan ketika mengumumkan keluar parti, Kamarulazman turut menyelar sikap pemimpin PPBM yang bekerja untuk jawatan serta kedudukan, malah melayan kumpulan yang bekerja keras demi parti dengan'layanan kelas kedua'.
 
 

Tiada ulasan: