HALAMAN SANTAI

Khamis, 25 Mei 2017

Prinsip CAT kerajaan P.Pinang telah 'mati'

ANTARAPOS.COM

 Post Pic
 
 
GEORGETOWN: Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang menganggap prinsip Cekap, Telus dan Amanah (CAT) yang dilaungkan kerajaan negeri pimpinan DAP telah 'mati', susulan pelbagai kepincangan dalam pentadbiran yang berjaya dibuktikan wakil rakyat BN sepanjang sidang DUN berlangsung. 
 
Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid berkata, setakat ini sahaja kerajaan negeri dikenal pasti gagal menunaikan 51 janji yang dibuat sejak mentadbir Pulau Pinang, yang antara lain seiring dengan usia penubuhan DAP ke-51, pada tahun ini.
 
"BN negeri juga sudah membuktikan bahawa kerajaan negeri pimpinan DAP menjual tanah dalam kuantiti yang banyak dan ia berlaku sepanjang pentadbiran mereka.
 
"Tanah berkenaan sepatutnya dibangunkan sendiri oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) untuk projek kesejahteraan dan bukannya diberi kepada pemaju swasta.
 
"Situasi ini sekali gus membuktikan kerajaan negeri lebih mementingkan kepentingan sektor swasta dan projek mega, berbanding keperluan rakyat," katanya pada sidang media di Bangunan DUN Pulau Pinang di sini, hari ini.
 
Dalam pada itu, Jahara berkata, kegagalan Exco negeri menghadiri sidang DUN yang sedang berlangsung, membuktikan pentadbiran mereka tidak serius apabila meletakkan kepentingan persidangan itu di tempat kedua.
 
 

Tiada ulasan: